CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 19, 2008

Di dunia sekarang, jumlah umat Islam memang terlalu ramai. Tapi, berapa ramai sebenarnya umat islam di mata Allah ?? ramai lagi ummat islam yang sebenarnya tidak tahu apa erti ISLAM yang sebenar. Apa ertinya mereka memeluk islam. Hati ini merasa sayu sekali setiap kali ana mengenangnya. Mari sama-sama kita mencari jawapan bagi satu soalan ini “ Apa ertinya saya memeluk Islam ”


Ciri2 yang pertama :
Saya mestilah muslim dari sudut ‘Aqidah.

ü Mestilah beriman bahawa pencipta alam ini adalah allah tuhan yang maha bijaksana lagi berkuasa.
ü Mestilah beriman bahawa tuhan yang maha mulia tidaklah menciptakan semua ini dengan sia-sia dan tanpa tujuan.
ü Mestilah beriman bahawa allah telah mengutuskan rasul2 dan diturunkan untuk mereka kitab2
ü Mestilah beriman bahawa matlamat kewujudan manusia ialah mengenali allah ‘azza wa jalla.
ü Mestilah beriman bahawa sekalian manusia melakukan kabaikan dan kejahatan atas kehendak sendiri.
ü Mestilah beriman bahawa urusan penciptaan undang-undang itu adalah hak mutlak allah.
ü Mestilah berusaha mengetahui nama-nama dan sifat-sifat allah yang layak bagi kemuliaan-nya.
ü Mestilah berfikir merenungi kehebatan kejadian2 allah bukan memikirkan tentang zat-nya.
ü Mesti meyakini bahawa pendapat dan pandangan para salaf adalah lebih utama untuk di ikuti.
ü Mesti mengabdikan diri hanya kepada allah semata-mata tidak menyekutukan dengan sesuatu.
ü Mestilah takut hanya kepada allah dan tidak takut kepada yang lain.
ü Mestilah sentiasa berzikir dan mengingati allah untuk menjadikan dian saya adalah dalam keadaan berfikir dan apabila bercakap adalah kerana berzikir.
ü Wajib menyintai allah dengan sebenar-benar cinta. Cinta yang menjadikan hati saya sentiasa rindu dan terikat dengan-nya.
ü Mesti bertawakkal sepenuhnya kepada allah dalam setiap keadaan dan menyandarkan setiap urusan kepada-nya.
ü Mestilah mensyukuri ni’mat2 allah ke atas diri yang merupakan kurniaan dan rahmat yang tidak terhitung jumlahnya.
ü Mestilah sentiasa beristighfar memohon keampunan dari-nya.
ü Mestilah sentiasa bermuraqabah ( merasai berada di bawah pengawasan ) dengan allah dalam keadaan terang mahupun tersembunyi.

Dipetik dari buku apa ertinya saya menganut islam.

0 comments: