CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 19, 2008

Sepuluh Wasiat




Bacalah – Renungilah – Terus beramal

Apabila saudara mendengar Azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagai mana keadaan sekalipun.
Bacalah Al-Quran, atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik atau pun amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikitpun dalam kerja yang tidak berfaedah.
Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul ( itu adalah satu-satunya syi’ar Islam )
Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak member sebarang kebaikan.
Janganlah banyak ketawa karana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang dan tenteram.
Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah sesuatu resmi yang sia-sia malah menyakitkan hati orang.
Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh member kebajikan.
Berkenal-kenalan dengan tiap-tiap saudara ikhwan muslimin yang bersaudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan, kerana asas gerakan da’wah kita ialah berkasih sayang dan berkenalan.
Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita , oleh itu tolonglah saudara-mu sendiri tentang cara-cara bagai mana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka rengkaskanlah pelaksanaannya.


0 comments: