CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 26, 2008

maksud merry chrismast ~ ** sekadar peringatan

LAILAHAILLALLAH Penting!!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya. Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH). Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)?

selamat menyambut Maal Hijrah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, November 19, 2008

Dengan nama Allah yang nyawaku dibawah kekuasaan-Nya


Ciri-ciri ketiga
Saya mestilah muslim dari sudut Akhlak

1. Menjauhkan diri daripada perkara syubhat
2. Memelihara pandangan
3. Bersifat malu
4. Bersifat lemah lembut dan sabar
5. Bersifat benar
6. Bersifat tawadhuk
7. Menjauhi sangka buruk dan mengumpat
8. Bermurah hati


Sifat-sifat Akhlak seorang muslim

1. Bersifat warak dari melakukan perkara-perkara syubahat.
· Menjauhkan diri daripada segala yang di larang oleh Allah dan juga perkara2 yang samar2 di antara yang haram dan halalnya.
2. Memelihara pandangan
· Mestilah memelihara pandangandaripada melihat perkara2 yang di haramkan oleh Allah
· Kerana pandangan terhadap sesuatu ( yang menarik itu ) boleh merangsang syahwat
· Merupakan indera yang membawa kepada kancah pelanggaran dan maksiat.
· Rasulullah pernah bersabda :
“ pandangan itu ada satu panahan dari panahan iblis “
· Baginda juga mengingatkan :” hendaklah kamu memelihara pandangan kamu, menjaga kehormatan (kemaluan) kamu atau Allah akan menjelekkan wajahmu.”
3. Memelihara lidah
· Mestilah memelihara lidahnya dari menuturkan kata2 yang tidak berfaedah, perbualan-perbualan yang buruk dan kotor, percakapan kosong, mengumpat- keji dan mengadu domba. Antara contoh perkataan yang kotor ; SIUT, BODOH, BANGANG dll.


4. Bersifat malu
· Mestilah bersifat malu dalam setiap keadaan.
· Namun sifat tersebut tidak seharusnya menghalangnya memperkatakan yang benar.
· Diantara sifat pemalu adalah : tidak masuk campur urusan orang lain, memelihara pandangan, merendah diri, tidak meninggikan suara dll.
· Berhubung dengan sifat malu ini para ‘ulama’ mengatakan : “ hakikat malu itu adalah sifat yang menggerakkan seseorang itu meninggalkan kejahatan, dan menghalangnya dari mencuaikan hak orang lain.

Bismillahirrahmanirrahim

Ciri-ciri kedua
Saya mestilah muslim di sudut Aqidah

ü Mestilah memastikan ‘ ibadah saya mempunyai hubungan dengan tuhan yang di sembah inilah apa yang di katakan martabat “ Keihsanan dalam ibadah “
ü Mestilah melakukan ibadah dengan penuh khusyuk sehingga dapat merasai kelazatan serta kemanisannya malah mendatangkan kekuatan kepada diri untuk berterusan mengerjakannya.
ü Mestilah beribadah dalam keadaan hati merasai kehadiran Allah, membuang dan melupakan kesibukan dunia dan hiruk pikuk.
ü Mestilah beribadah dalam keadaan sentiasa ingin menambahnya, tidak merasa cukup dan puas.
ü Mestilah mengambil berat terhadap ibadah qiamullail ( sembahyang malam )
ü Melatih diri melakukannya sehinnga ia menjadi satu kebiasaan. Kerana qiamullail adalah sumber memantapkan iman.
ü Mestilah meluangkan waktu tertentu untuk membaca Al- Quran dengan cara merenungi dan memahami maksud dan pengajaran terutama pada waktu dhuha.
ü Mestilah menjadikan doa sebagai perantaraan dengan Allah dalam setiap urusan hidup kerana doa adalah otak bagi segala ibadah ( addu’a maghol ibadah )

Di dunia sekarang, jumlah umat Islam memang terlalu ramai. Tapi, berapa ramai sebenarnya umat islam di mata Allah ?? ramai lagi ummat islam yang sebenarnya tidak tahu apa erti ISLAM yang sebenar. Apa ertinya mereka memeluk islam. Hati ini merasa sayu sekali setiap kali ana mengenangnya. Mari sama-sama kita mencari jawapan bagi satu soalan ini “ Apa ertinya saya memeluk Islam ”


Ciri2 yang pertama :
Saya mestilah muslim dari sudut ‘Aqidah.

ü Mestilah beriman bahawa pencipta alam ini adalah allah tuhan yang maha bijaksana lagi berkuasa.
ü Mestilah beriman bahawa tuhan yang maha mulia tidaklah menciptakan semua ini dengan sia-sia dan tanpa tujuan.
ü Mestilah beriman bahawa allah telah mengutuskan rasul2 dan diturunkan untuk mereka kitab2
ü Mestilah beriman bahawa matlamat kewujudan manusia ialah mengenali allah ‘azza wa jalla.
ü Mestilah beriman bahawa sekalian manusia melakukan kabaikan dan kejahatan atas kehendak sendiri.
ü Mestilah beriman bahawa urusan penciptaan undang-undang itu adalah hak mutlak allah.
ü Mestilah berusaha mengetahui nama-nama dan sifat-sifat allah yang layak bagi kemuliaan-nya.
ü Mestilah berfikir merenungi kehebatan kejadian2 allah bukan memikirkan tentang zat-nya.
ü Mesti meyakini bahawa pendapat dan pandangan para salaf adalah lebih utama untuk di ikuti.
ü Mesti mengabdikan diri hanya kepada allah semata-mata tidak menyekutukan dengan sesuatu.
ü Mestilah takut hanya kepada allah dan tidak takut kepada yang lain.
ü Mestilah sentiasa berzikir dan mengingati allah untuk menjadikan dian saya adalah dalam keadaan berfikir dan apabila bercakap adalah kerana berzikir.
ü Wajib menyintai allah dengan sebenar-benar cinta. Cinta yang menjadikan hati saya sentiasa rindu dan terikat dengan-nya.
ü Mesti bertawakkal sepenuhnya kepada allah dalam setiap keadaan dan menyandarkan setiap urusan kepada-nya.
ü Mestilah mensyukuri ni’mat2 allah ke atas diri yang merupakan kurniaan dan rahmat yang tidak terhitung jumlahnya.
ü Mestilah sentiasa beristighfar memohon keampunan dari-nya.
ü Mestilah sentiasa bermuraqabah ( merasai berada di bawah pengawasan ) dengan allah dalam keadaan terang mahupun tersembunyi.

Dipetik dari buku apa ertinya saya menganut islam.

Sepuluh Wasiat




Bacalah – Renungilah – Terus beramal

Apabila saudara mendengar Azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagai mana keadaan sekalipun.
Bacalah Al-Quran, atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik atau pun amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikitpun dalam kerja yang tidak berfaedah.
Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul ( itu adalah satu-satunya syi’ar Islam )
Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak member sebarang kebaikan.
Janganlah banyak ketawa karana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang dan tenteram.
Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah sesuatu resmi yang sia-sia malah menyakitkan hati orang.
Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh member kebajikan.
Berkenal-kenalan dengan tiap-tiap saudara ikhwan muslimin yang bersaudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan, kerana asas gerakan da’wah kita ialah berkasih sayang dan berkenalan.
Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita , oleh itu tolonglah saudara-mu sendiri tentang cara-cara bagai mana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka rengkaskanlah pelaksanaannya.


Saturday, October 11, 2008

Teman aku ingin…

Aku ingin seperti Abu Bakar As-Siddiq,
Persahabatan di jalin kerana Al- Khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran sanggup bersakit.

Serta tawakkal Ibrahim mulia,
Ketika meninggalkan insane tercinta,
Di bumi tandus tanpa bicara,
Meyakini Allah sebagai penjaga.

Aku impikan antara kita seorang Umar,
Berdiri tatkala tunduknya manusia,
Bersuara tatkala diamnya mereka,
Menggerunkan musuh durjana.

Serta senyuman Syed Al- Qutb,
Ketika berhadapan dengan tali maut,
Akidah mantap tidak terenggut,
Roh dakwahnya tidak surut.