CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 19, 2008

Dengan nama Allah yang nyawaku dibawah kekuasaan-Nya


Ciri-ciri ketiga
Saya mestilah muslim dari sudut Akhlak

1. Menjauhkan diri daripada perkara syubhat
2. Memelihara pandangan
3. Bersifat malu
4. Bersifat lemah lembut dan sabar
5. Bersifat benar
6. Bersifat tawadhuk
7. Menjauhi sangka buruk dan mengumpat
8. Bermurah hati


Sifat-sifat Akhlak seorang muslim

1. Bersifat warak dari melakukan perkara-perkara syubahat.
· Menjauhkan diri daripada segala yang di larang oleh Allah dan juga perkara2 yang samar2 di antara yang haram dan halalnya.
2. Memelihara pandangan
· Mestilah memelihara pandangandaripada melihat perkara2 yang di haramkan oleh Allah
· Kerana pandangan terhadap sesuatu ( yang menarik itu ) boleh merangsang syahwat
· Merupakan indera yang membawa kepada kancah pelanggaran dan maksiat.
· Rasulullah pernah bersabda :
“ pandangan itu ada satu panahan dari panahan iblis “
· Baginda juga mengingatkan :” hendaklah kamu memelihara pandangan kamu, menjaga kehormatan (kemaluan) kamu atau Allah akan menjelekkan wajahmu.”
3. Memelihara lidah
· Mestilah memelihara lidahnya dari menuturkan kata2 yang tidak berfaedah, perbualan-perbualan yang buruk dan kotor, percakapan kosong, mengumpat- keji dan mengadu domba. Antara contoh perkataan yang kotor ; SIUT, BODOH, BANGANG dll.


4. Bersifat malu
· Mestilah bersifat malu dalam setiap keadaan.
· Namun sifat tersebut tidak seharusnya menghalangnya memperkatakan yang benar.
· Diantara sifat pemalu adalah : tidak masuk campur urusan orang lain, memelihara pandangan, merendah diri, tidak meninggikan suara dll.
· Berhubung dengan sifat malu ini para ‘ulama’ mengatakan : “ hakikat malu itu adalah sifat yang menggerakkan seseorang itu meninggalkan kejahatan, dan menghalangnya dari mencuaikan hak orang lain.

0 comments: